Wednesday, February 11, 2009

PENTING! GARIS PANDUAN DALAM PEMBENTUKAN RESOLUSI PERTAMA KALI KE-3

GARIS PANDUAN DALAM PEMBENTUKAN RESOLUSI PERTAMA KALI KE-3



A) PENGLIBATAN PESERTA


Peranan semua peserta :

1) Mengenalpasti ketua dan kumpulan masing-masing.

2) Sentiasa berada dalam kumpulan dan memberikan sepenuh perhatian sepanjang program berlangsung.

3) Berbincang dengan ahli kumpulan untuk menghasilkan cadangan resolusi dari tajuk pembentangan yang akan ditentukan.

Peranan ketua kumpulan :

1) Mengenalpasti dan memastikan semua ahli kumpulan sentiasa berada di dalam kumpulan.

2) Mengatur strategi untuk menghasilkan cadangan resolusi.

3) Masa 15 minit diperuntukan bagi perbincangan cadangan resolusi digunakan semaksimum mungkin (semasa sidang plano).

4) Memastikan 2 borang cadangan resolusi diisi dan 1 salinan diserahkan kepada AJK bertugas setelah tamat 15 minit masa perbincangan.

5) Menghantar wakil kumpulan bagi pembentangan cadangan resolusi.



B) SIDANG PLANO


Tujuan sidang plano adalah untuk memberi ruang kepada peserta membentangkan cadangan resolusi yang diperolehi sepanjang PERTAMA 3.

1) Masa 15 minit diberi untuk peserta berbincang di dalam kumpulan seterusnya membentuk cadangan resolusi dari tajuk pembentangan yang telah ditetapkan.

2) Terdapat 2-3 kumpulan yang akan menghasilkan cadangan resolusi untuk setiap tajuk pembentangan.

3) Setiap kumpulan berhak menghasilkan beberapa cadangan resolusi tetapi perlu menyusun setiap cadangan tersebut mengikut keutamaan.

4) Hanya 1 cadangan resolusi sahaja akan dibentangkan.

5) Ciri2 sebuah resolusi:

a. Mempunyai tuntutan.

b. Ditujukan kepada pihak tertentu seperti :

-Jabatan Penuntut Malaysia Jordan

-Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan

-Persatuan Zon

-Badan Kebajikan Anak Negeri

-Semua mahasiswa Malaysia di Jordan


Contoh:

Pihak yang dituju

“SEMUA MAHASISWA MALAYSIA DIWAJIBKAN MENGIKUTI SEMUA KELAS YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK UNIVERSITI MASING-MASING”

Tuntutan yang dibuat


c. Cadangan resolusi yang dibina hendaklah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak

(berkaitan peribadi ataupun sesuatu yang akan menjatuhkan maruah mana-mana

individu,organisasi mahupun perkumpulan).

d. Cadangan resolusi hendaklah praktikal dan relevan.

e. Tidak melebihi 1 ayat.

f. Ringkas, padat, dan mudah difahami.

6) Cadangan resolusi perlu ditulis dalam borang cadangan resolusi yang diedarkan kepada setiap ketua kumpulan sebanyak 2 salinan.

7) 1 salinan perlu diserahkan kepada AJK setelah tamat 15 minit dan 1 lagi disimpan oleh pembentang

8) Pembentang dari setiap kumpulan diminta duduk di barisan hadapan dan bersedia untuk membentang.

9) Masa pembentangan hanya 2 minit sahaja. Pembentang akan diminta untuk memperjelaskan cadangan resolusi jika dirasakan perlu oleh moderator.

10) Mana-mana cadangan resolusi yang telah disebut oleh kumpulan lain tidak boleh diulang semula oleh kumpulan-kumpulan seterusnya. Oleh itu, pembentang perlu bersedia dengan cadangan resolusi simpanan.

11) Semua peserta perlu mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh moderator.



C) KAEDAH PEMBENTUKAN RESOLUSI –


1) Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2) Setiap kumpulan akan dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan cadangan resolusi dari salah satu tajuk pembentangan (ceramah/forum yang berlangsung pada hari kedua). Pengagihan tajuk akan dilakukan setelah selesai semua pembentangan pada hari kedua.

3) 15 minit diberikan semasa sidang plano untuk peserta membincangkan cadangan resolusi dalam kumpulan masing-masing.

4) Setiap kumpulan akan membentangkan 1 cadangan resolusi sahaja.

5) Di akhir sidang plano, 20 cadangan resolusi akan terbentuk.

6) Unit resolusi akan bermesyuarat untuk tapisan terakhir (menggubal dan menolak mana-mana cadangan resolusi yang dirasakan tidak relevan).

7) Cadangan- cadangan resolusi yang terbaik dan mempunyai keutamaan akan diangkat sebagai resolusi Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan Kali Ke-3.

8) Resolusi ini akan diumumkan dan diserahkan kepada perwakilan.

No comments:

Post a Comment