Monday, February 2, 2009

pengenalan PERTAMA.

Assalamualaikum..

Sekadar pengenalan ringkas PERTAMA bagi sesiapa yang masih belum mengenali program ini.

Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia seJordan atau lebih dikenali sebagai program PERTAMA telah diadakan buat kali pertamanya pada 27-29 Jun 2001 dengan telah berjaya menghasilkan beberapa resolusi yang melibatkan kebajikan mahasiswa Malyaysia di Jordan, isu-isu semasa tanahair serta dunia ketika itu.



Setelah 6tahun berlalu, PERTAMA kali ke-2 pula menyusul pada 6-8 Februari tahun 2008 yang lalu. Banyak resolusi yang telah dihasilkan dan semuanya menjurus kearah memperkasakan lagi MPPM di mata ahli dan memperantarabangsakan MPPM di mata dunia.



Pada kali ini, MPPM sesi 2008/2009 telah cuba membentuk satu jawatankuasa pelaksana bagi melaksanakan PERTAMA kali ketiga melalui Biro Pembangunan Minda dan Akademik(BPMA). Persidangan ini amat penting buat mahasiswa Malaysia di Jordan dan MPPM sendiri dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap keintelektualan dan menggilap imej mahasiswa Malaysia di Jordan.



Apatah lagi mahasiswa adalah merupakan waris pimpinan negara akan datang, dan merupakan tunjang kepada negara. Sehubungan dengan itu, perancangan demi perancangan telah dilakukan untuk merealisasikan dan dan mencapai serta menjayakan objektif murni tersebut sekaligus menyemai benih perpaduan seagama, seumat, sebangsa, senegara seterusnya seantarabangsa.


Diharapkan aktiviti yang dirancang ini mendapat sambutan yang hangat dan kerjasama yng sangat baik dari seluruh mahasiswa Malaysia di Jordan. Harapan negara untuk terus maju ke hadapan dengan pelbagai kecanggihan teknologi masa kini yang serasi dengan kemjauan ilmu dan praktikalnya berlandaskan agama yang benar iaitu Islam sekaligus menyemarakkan semangat mempertahankan Islam agar tidak mudah diperkotak katikkan dan diperbotol batilkan.

Wallahu a'lam..

KE ARAH KEMATANGAN IDEOLOGI MAHASISWA MUSLIM

No comments:

Post a Comment