Wednesday, February 11, 2009

Pengebom Bali Membunuh Orang Bukan Islam Tanpa Belas Kasihan??? Sejauh mana kebenaran dakwaan ini???

Islam jika dilihat dari segi bahasa membawa maksud selamat atau sejahtera, tapi mengapa sejak kebelakangan ini Islam telah dipandang oleh penganut-penganut agama lain sebagai agama yang ganas?

Dalam Al-Quran yang menjadi pegangan seluruh umat Islam ada menyebutkan bahawa tidak boleh memulakan peperangan sebagaimana yang dimanuskripkan di dalam surah Al- Baqarah ayat 190 yang bermaksud : " Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh" . Dalam Islam juga ada menggariskan etika peperangan seperti tidak boleh membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua, tidak boleh memusnahkan tanaman dan rumah-rumah kediaman. Betapa indahnya ajaran agama suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Namun, pandangan terhadap Islam mula berubah dan Islam dianggap ganas terutama selepas kejadian 11 September walaupun sehingga kini belum ada sebarang bukti kukuh sebagaimana dakwaan Amerika Syarikat bahawa serangan itu dilakukan oleh orang Islam.

Jadi, apakah sebenarnya punca yang menyebabkan pandangan bukan Islam sebegitu sekali terhadap Islam sehingga muncul wabak "Islamophobia", persoalannya, adakah Islam memang ada menganjurkan umatnya kepada keganasan? atau adakah tindakan dan pendekatan yang dibawa oleh penganutnya yang ingin mempertahankan agama suci ini menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas? atau adakah ini semua merupakan agenda dan propaganda yang dibawa oleh puak kafir untuk menghancurkan agama yang telah mendapat jaminan perlindungan dari Allah subhanahu wa Taala? Bagi merungkai persoalan ini, sila tonton video di bawah ini dan dengarkan pembentangan kertas kerja PERTAMA bertajuk Islam dan Terrorism yang akan dibentangkan oleh perwakilan dari Persatuan Mahasiswa Malaysia Yaman pada hari kedua persidangan berlangsung.

" Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim"





No comments:

Post a Comment