Wednesday, February 11, 2009

Debaran Makin Terasa....

Esok adalah penentu segala-segalanya. Program yang julung-julung kalinya melibatkan penglibatan perwakilan dari persatuan mahasiswa Malaysia dari negara lain seperti Mesir, Syria, Arab Saudi, Yaman dan Jordan sendiri merupakan percubaan pertama MPPM untuk menganjurkan program peringkat antarabangsa dan berprestij ini.

Dengan tema " Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim ", Dewan Al-Kindy, Kuliyah Adab, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan bakal menyaksikan penganjuran satu program yang akan membawa gelombang anjakan paradigma oleh mahasiswa Malaysia yang berada di Jordan.

Harapan dari semua peserta pada PERTAMA kali ini ialah kelainan dan kematangan melalui perbincangan isu-isu yang global dan kontemporari, bukan perbincangan tentang isu-isu yang berkisar sekitar kehidupan seharian sebagai seorang pelajar sahaja, bahkan peserta-peserta mendambakan dan dahagakan isu-isu yang boleh dijadikan platform ke arah memantapkan persediaan sebagai peneraju ke arah memacu kemajuan Malaysia dari semua aspek sama ada politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Diharapkan dengan semangat dan harapan yang dibawa oleh para peserta serta sinergi dan usaha gigih dari AJK Pelaksana dan pihak MPPM sendiri, PERTAMA Kali Ke-3 2009 akan menjadi buah tangan yang akan dikenang oleh semua peserta PERTAMA pada kali ini.

" Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim"

No comments:

Post a Comment