Sunday, February 15, 2009

Bilik Berita Biro Strategi

Alhamdulilah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada tuhan sekalian alam. Setelah berpenat lelah dan mengharungi suka & duka, akhirnya PERTAMA kali ke-3 melabuhkan tirai dengan jayanya.

Dengan tema ‘Ke Arah Kematangan Mahasiswa Muslim’, diharapkan pendekatan baru pada PERTAMA kali ini (MPPM & Unit Kajian Isu dan Bahan cuba mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan Islamophobia & menjemput perwakilan mahasiswa Malaysia dari negara-negara Timur Tengah) mampu menjadi titik tolak dalam mengubah paradigma kita sebagai mahasiswa muslim. Kematangan di sini merangkumi segenap aspek termasuklah pemikiran, personaliti, tutur kata mahupun tindakan.

Sebagai mahasiswa, kita bukan saja perlu meningkatkan penguasaan ilmu malah perlu mempunyai kemahiran & kebolehan dalam berfikir secara kritis & kreatif terutama dalam berhadapan dengan isu-isu semasa. Kita bukan saja hidup dalam skop sebagai seorang mahasiswa tetapi sebagai sebahagian komuniti masyarakat. Kitalah yang bakal memimpin negara. Kualiti mahasiswa akan menentukan masa depan negara kita dan yang paling penting nasib agama yang kita junjung, Islam. Mahasiswa muslim bukan lagi hanya membincangkan masalah-masalah kecil (walau bagaimanapun, kami tidak nafikan kepentingannya) tetapi kita harus akur dalam memikirkan masalah & isu-isu semasa yang juga turut memerlukan perhatian kita sebagai golongan pemikir. Inilah tujuan persidangan kita untuk membincangkan & mencari penyelesaian kepada permasalahan yang kita hadapi.


Kami berharap semua peserta mengambil manfaat hasil persidangan kita selama 3 hari (6 kertas kerja, forum & sidang plano). Ilmu & pengetahuan yang ditimba ini dijadikan garis panduan dalam kehidupan seharian. Anda menentukan sama ada untuk menjadi mahasiswa biasa atau mahasiswa luar biasa. Buktikan mahasiswa Jordan mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mahasiswa-mahasiswa Malaysia dari negara-negara lain. Tanamkan cita-cita untuk menjadi agen pengislah masyarakat.

PERTAMA kali ini juga cuba mendidik mahasiswa dari segi menjalani satu kaeadah persidangan yang professional dari segi etika & protokol. Semoga ia berjaya melatih kita menjadi seorang mahasiswa yang lebih yang professional dari segi menyampaikan pandangan berkenaan isu-isu semasa.

Tidak lupa juga sekalung tahniah dan terima kasih buat semua peserta atas kerjasama & komitmen yang jitu dalam melontarkan & menjayakan proses pembentukan resolusi PERTAMA kali ini, melalui suara-suara & idea-idea yang kami kira cukup bernas, sehingga kami, Unit Resolusi terpaksa memerah otak untuk memilih cadangan-cadangan resolusi terbaik, relevan & realistik untuk diangkat sebagai resolusi PERTAMA kali ke-3. Alhamdulilah, sebanyak 11 resolusi dapat dikumpulkan sepanjang persidangan kita kali ini. Resolusi inilah yang akan menjadi panduan kepada kita semua dalam menyelesaikan masalah-masalah yang telah diketengahkan sepanjang PERTAMA 09.

Tugas kami sebagai AJK pelaksana telah selesai, kami sangat-sangat mengharapkan PERTAMA tidak berakhir dari segi pelaksanaan program sahaja tetapi hendaklah diikuti tindakan susulan dari pihak MPPM untuk merangka plan tindakan bagi resolusi-resolusi yang telah disepakati oleh PERTAMA kali ke-3. Di sini ingin kami tegaskan kembali, resolusi-resolusi yang telah disepakati bukanlah tanggungjawab MPPM sahaja tetapi yang paling pentingnya tindakan kita semua, mahasiswa Malaysia Jordan(nama pun persidangan mahasiswa, bukannya persidangan Majlis Mesyuarat MPPM). Semoga persidangan kali ini membuka mata & minda mahasiswa Jordan bertapa peri pentingnya sumbangan mahasiswa dalam menyelesaikan masalah ummah. Semoga usaha kita ini termasuk dalam amal yang soleh, tiada ganjaran yang lebih besar melainkan ganjaran di sisi Allah.

Akhir sekali, kami memohon ampun & maaf seandainya terlebih & terkurang sepanjang ditaklifkan sebagai AJK Biro Strategi. Semoga PERTAMA akan datang akan lebih efisyen & berprestij. Jumpa anda di PERTAMA kali ke-4.Sekian,Wassalam.

-Berjuang itu pahit kerana kesudahannya itu manis-

No comments:

Post a Comment