Thursday, February 19, 2009
Kejatuhan Khilafah 1924
Credits to Perhimpunan Ukhuwah Insaniah Seluruh Ireland (PUISI) 2006.
Tuesday, February 17, 2009
PENTING! RESOLUSI PERTAMA KALI KE-3
Kitalah yang akan melaksanakannya. SEMOGA BERJAYA.
Monday, February 16, 2009
Sunday, February 15, 2009
Bilik Berita Biro Strategi
Dengan tema ‘Ke Arah Kematangan Mahasiswa Muslim’, diharapkan pendekatan baru pada PERTAMA kali ini (MPPM & Unit Kajian Isu dan Bahan cuba mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan Islamophobia & menjemput perwakilan mahasiswa Malaysia dari negara-negara Timur Tengah) mampu menjadi titik tolak dalam mengubah paradigma kita sebagai mahasiswa muslim. Kematangan di sini merangkumi segenap aspek termasuklah pemikiran, personaliti, tutur kata mahupun tindakan.
Sebagai mahasiswa, kita bukan saja perlu meningkatkan penguasaan ilmu malah perlu mempunyai kemahiran & kebolehan dalam berfikir secara kritis & kreatif terutama dalam berhadapan dengan isu-isu semasa. Kita bukan saja hidup dalam skop sebagai seorang mahasiswa tetapi sebagai sebahagian komuniti masyarakat. Kitalah yang bakal memimpin negara. Kualiti mahasiswa akan menentukan masa depan negara kita dan yang paling penting nasib agama yang kita junjung, Islam. Mahasiswa muslim bukan lagi hanya membincangkan masalah-masalah kecil (walau bagaimanapun, kami tidak nafikan kepentingannya) tetapi kita harus akur dalam memikirkan masalah & isu-isu semasa yang juga turut memerlukan perhatian kita sebagai golongan pemikir. Inilah tujuan persidangan kita untuk membincangkan & mencari penyelesaian kepada permasalahan yang kita hadapi.
Kami berharap semua peserta mengambil manfaat hasil persidangan kita selama 3 hari (6 kertas kerja, forum & sidang plano). Ilmu & pengetahuan yang ditimba ini dijadikan garis panduan dalam kehidupan seharian. Anda menentukan sama ada untuk menjadi mahasiswa biasa atau mahasiswa luar biasa. Buktikan mahasiswa Jordan mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mahasiswa-mahasiswa Malaysia dari negara-negara lain. Tanamkan cita-cita untuk menjadi agen pengislah masyarakat.
PERTAMA kali ini juga cuba mendidik mahasiswa dari segi menjalani satu kaeadah persidangan yang professional dari segi etika & protokol. Semoga ia berjaya melatih kita menjadi seorang mahasiswa yang lebih yang professional dari segi menyampaikan pandangan berkenaan isu-isu semasa.
Tidak lupa juga sekalung tahniah dan terima kasih buat semua peserta atas kerjasama & komitmen yang jitu dalam melontarkan & menjayakan proses pembentukan resolusi PERTAMA kali ini, melalui suara-suara & idea-idea yang kami kira cukup bernas, sehingga kami, Unit Resolusi terpaksa memerah otak untuk memilih cadangan-cadangan resolusi terbaik, relevan & realistik untuk diangkat sebagai resolusi PERTAMA kali ke-3. Alhamdulilah, sebanyak 11 resolusi dapat dikumpulkan sepanjang persidangan kita kali ini. Resolusi inilah yang akan menjadi panduan kepada kita semua dalam menyelesaikan masalah-masalah yang telah diketengahkan sepanjang PERTAMA 09.
Tugas kami sebagai AJK pelaksana telah selesai, kami sangat-sangat mengharapkan PERTAMA tidak berakhir dari segi pelaksanaan program sahaja tetapi hendaklah diikuti tindakan susulan dari pihak MPPM untuk merangka plan tindakan bagi resolusi-resolusi yang telah disepakati oleh PERTAMA kali ke-3. Di sini ingin kami tegaskan kembali, resolusi-resolusi yang telah disepakati bukanlah tanggungjawab MPPM sahaja tetapi yang paling pentingnya tindakan kita semua, mahasiswa Malaysia Jordan(nama pun persidangan mahasiswa, bukannya persidangan Majlis Mesyuarat MPPM). Semoga persidangan kali ini membuka mata & minda mahasiswa Jordan bertapa peri pentingnya sumbangan mahasiswa dalam menyelesaikan masalah ummah. Semoga usaha kita ini termasuk dalam amal yang soleh, tiada ganjaran yang lebih besar melainkan ganjaran di sisi Allah.
Akhir sekali, kami memohon ampun & maaf seandainya terlebih & terkurang sepanjang ditaklifkan sebagai AJK Biro Strategi. Semoga PERTAMA akan datang akan lebih efisyen & berprestij. Jumpa anda di PERTAMA kali ke-4.Sekian,Wassalam.
-Berjuang itu pahit kerana kesudahannya itu manis-
Thursday, February 12, 2009
pendaftaran ditutup.
Pendaftaran bagi mantiqah luar telah ditutup tepat jam 11pm, 11 Februari. Ini adalah kerana akan menyukarkan gerak kerja pengangkutan serta penempatan.
Jumlah peserta mantiqah luar
Mafraq
Syabab : 32
Akhawat : 30
Mu'tah
Syabab : 44
Akhawat : 50
Amman
Syabab : 4
Akhawat : 3
Dan untuk mantiqah Irbid, sesiapa yang belum membuat pendaftaran, anda diminta untuk hadir mendaftarkan diri bermula jam 6pm di Dewan Al-Kindi. Anda tidak perlu memberi nama kepada ajk, kerana nama-nama telah pun dicetak dan telah pun dikeluarkan. Dan diminta juga kepada sesiapa yang belum membayar JD2, diharap petang ini dapat melangsaikan yuran pendaftaran itu di kaunter pendaftaran.
Peserta yang hanya hendak menghadirkan diri pada hari kedua sahaja juga adalah dikira peserta. Seboleh-bolehnya diminta peserta hadir juga pada hari ketiga kerana tujuan utama PERTAMA ini adalah untuk mendapatkan resolusi bagi membantu MPPM melicinkan pentadbiran, dan resolusi ini adalah pada hari ketiga. Hari ketiga dan hari kedua ini sangat berkait. Apa guna kita mendengar pembentangan kertas kerja jika tidak mahu hadir pada hari ketiga??
p/s : kaunter pendaftaran adalah di pintu masuk utama dewan al-kindi. Peserta hendaklah masuk melalui pintu utama kuliah adab.
Wednesday, February 11, 2009
PENTING! GARIS PANDUAN DALAM PEMBENTUKAN RESOLUSI PERTAMA KALI KE-3
GARIS PANDUAN DALAM PEMBENTUKAN RESOLUSI PERTAMA KALI KE-3
A) PENGLIBATAN PESERTA
Peranan semua peserta :
1) Mengenalpasti ketua dan kumpulan masing-masing.
2) Sentiasa berada dalam kumpulan dan memberikan sepenuh perhatian sepanjang program berlangsung.
3) Berbincang dengan ahli kumpulan untuk menghasilkan cadangan resolusi dari tajuk pembentangan yang akan ditentukan.
Peranan ketua kumpulan :
1) Mengenalpasti dan memastikan semua ahli kumpulan sentiasa berada di dalam kumpulan.
2) Mengatur strategi untuk menghasilkan cadangan resolusi.
3) Masa 15 minit diperuntukan bagi perbincangan cadangan resolusi digunakan semaksimum mungkin (semasa sidang plano).
4) Memastikan 2 borang cadangan resolusi diisi dan 1 salinan diserahkan kepada AJK bertugas setelah tamat 15 minit masa perbincangan.
5) Menghantar wakil kumpulan bagi pembentangan cadangan resolusi.
B) SIDANG PLANO
Tujuan sidang plano adalah untuk memberi ruang kepada peserta membentangkan cadangan resolusi yang diperolehi sepanjang PERTAMA 3.
1) Masa 15 minit diberi untuk peserta berbincang di dalam kumpulan seterusnya membentuk cadangan resolusi dari tajuk pembentangan yang telah ditetapkan.
2) Terdapat 2-3 kumpulan yang akan menghasilkan cadangan resolusi untuk setiap tajuk pembentangan.
3) Setiap kumpulan berhak menghasilkan beberapa cadangan resolusi tetapi perlu menyusun setiap cadangan tersebut mengikut keutamaan.
4) Hanya 1 cadangan resolusi sahaja akan dibentangkan.
5) Ciri2 sebuah resolusi:
a. Mempunyai tuntutan.
b. Ditujukan kepada pihak tertentu seperti :
-Jabatan Penuntut
-Majlis Perwakilan Pelajar
-Persatuan Zon
-Badan Kebajikan Anak Negeri
-Semua mahasiswa Malaysia di Jordan
Contoh:
Pihak yang dituju
↓
“SEMUA MAHASISWA MALAYSIA DIWAJIBKAN MENGIKUTI SEMUA KELAS YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK UNIVERSITI MASING-MASING”
↑
Tuntutan yang dibuat
c. Cadangan resolusi yang dibina hendaklah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak
(berkaitan peribadi ataupun sesuatu yang akan menjatuhkan maruah mana-mana
individu,organisasi mahupun perkumpulan).
d. Cadangan resolusi hendaklah praktikal dan relevan.
e. Tidak melebihi 1 ayat.
f. Ringkas, padat, dan mudah difahami.
6) Cadangan resolusi perlu ditulis dalam borang cadangan resolusi yang diedarkan kepada setiap ketua kumpulan sebanyak 2 salinan.
7) 1 salinan perlu diserahkan kepada AJK setelah tamat 15 minit dan 1 lagi disimpan oleh pembentang
8) Pembentang dari setiap kumpulan diminta duduk di barisan hadapan dan bersedia untuk membentang.
9) Masa pembentangan hanya 2 minit sahaja. Pembentang akan diminta untuk memperjelaskan cadangan resolusi jika dirasakan perlu oleh moderator.
10) Mana-mana cadangan resolusi yang telah disebut oleh kumpulan lain tidak boleh diulang semula oleh kumpulan-kumpulan seterusnya. Oleh itu, pembentang perlu bersedia dengan cadangan resolusi simpanan.
11) Semua peserta perlu mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh moderator.
C) KAEDAH PEMBENTUKAN RESOLUSI –
1) Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2) Setiap kumpulan akan dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan cadangan resolusi dari salah satu tajuk pembentangan (ceramah/forum yang berlangsung pada hari kedua). Pengagihan tajuk akan dilakukan setelah selesai semua pembentangan pada hari kedua.
3) 15 minit diberikan semasa sidang plano untuk peserta membincangkan cadangan resolusi dalam kumpulan masing-masing.
4) Setiap kumpulan akan membentangkan 1 cadangan resolusi sahaja.
5) Di akhir sidang plano, 20 cadangan resolusi akan terbentuk.
6) Unit resolusi akan bermesyuarat untuk tapisan terakhir (menggubal dan menolak mana-mana cadangan resolusi yang dirasakan tidak relevan).
7) Cadangan- cadangan resolusi yang terbaik dan mempunyai keutamaan akan diangkat sebagai resolusi Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan Kali Ke-3.
8) Resolusi ini akan diumumkan dan diserahkan kepada perwakilan.
pengkid dan kesucian umat islam
Di antara ciri-ciri pengkid itu yang boleh dinyatakan ialah; wanita yang berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup), wanita yang sengaja mengubah bentuk tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki, wanita yang menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks, wanita yang membengkung payudara, wanita yang tertarik dengan wanita cantik dan wanita yang menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu (Ramlan Nordin, Mohamaed Sharif Mustaffa dan Mohd Tajudin Ninggal, 2008)
Kajian yang telah dijalankan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap pengharaman isu pengkid ini perlu diketengahkan di kalangan masyarakat. Mana mungkin keputusan yang diambil tidak difikirkan implikasi baik dan buruknya. Walaubagaimanapun, telah jelas bahawa setiap hubungan di luar tabiie adalah haram disisi Islam.
Begitu juga dengan perhubungan antara lelaki dan wanita bukan muhrim yang berpeluk cium di khalayak. Ia harus ditegaskan sebagai budaya songsang, kerana melakukan perlakuan di luar batas pernikahan. Tanpa perasaan segan silu menunjukkan keintiman di khalayak.
Isu ini juga perlu di tanggapi dengan lebih teliti. Agama dan budaya ketimuran semakin dihakis, jika tindakan tegas tidak dilakukan. Tanpa bersikap stigma kepada pihak berkuasa dalam mendepani gejala songsang ini, setiap pihak termasuk ibu bapa, guru-guru, pembuat dasar kerajaan perlu sepakat membendung isu-isu pergaulan bebas secara tuntas.
Adalah sangat wajar bagi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan melaksanakan tugas pembasmian dengan megeluarkan fatwa pengharaman pengkid tanpa menunggu gejala haram ini bernanah di kalangan masyarakat Islam. Apakah menjadi kewajiban untuk menunggu jumlah bilangan kemusnahan akhlak umat Islam baru kemudian hendak difatwakan. Tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan ini harus dipuji kerana bergerak secara pro aktif dalam menyedarkan masyarakat tentang bahaya pengkid.
Isu pengkid ini adalah isu umat Islam, merentasi pemikiran logik akal. Perletakkan hukum di dalam Islam bukan dikeluarkan mengikut individu, tetapi dengan 12 ambilan hukum lainnya. Manakala hukum haram yang telah disepakati oleh Majlis Fatwa, jatuh hanya kepada seluruh wanita muslim, bukan melibatkan golongan wanita bukan Islam.
Persoalanya, mengapa mahu mempertikaikan hukum Islam, dimana mereka tiada kena mengena dengan fatwa yang telah ditetapkan. Tindakan NGO-NGO bukan Islam yang bersungguh menentang kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan, jelas melanggar Perlembagaan negara di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Bahaya Pengkid kepada masyarakat.
Secara psikologinya, adakah kita bersedia melihat seluruh zuriat keturunan kita nanti berkahwin hanya sesama jantina. Kemudian tidak wujud lagi sistem kekeluargaan murni. Gejala homoseksual secara umum dan yang melibatkan golongan pengkid akan mengakibatkan manusia berjangka hayat pendek(UNAIDS: 2000)
Bieber, 1976 menyatakan 90% lelaki homoseksual tidak mempunyai hubungan baik dengan bapanya. Bayangkan apabila golongan homoseks ini mengambil anak angkat, cara didikan anak-anak pasti menjadi kecelaruan berbanding ibu bapa heteroseksual. Anak-anak beribu bapakan homoseksual pula akan mengalami tekanan perasaan, kemurungan, rendah diri dan akhirnya membawa kepada penyakit-penyakit mental.
Kesimpulan
Perhatikan sabda Rasulullah SAW dalam mencela golongan yang tidak mempunyai ilmu, namun berkelakuan seperti berilmu, sedangkan dirinya adalah jahil. Daripada Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi SAW menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.””
Ketika inilah zaman ketandusan pemikiran berlaku. Manusia sibuk memperjuangkan kebenaran pada perkara yang dia sendiri tidak mengetahui. Manakala, orang kebanyakan, masih tetap mengikuti galakan golongan-golongan fasiq tersebut disebabkan kedua-duanya tidak berilmu perihal keduniaan dan akhirat atau telah memisahkan keduanya.
Justeru, tindakan pengharaman pengkid dan segala perkaitanya adalah demi kesinambungan umat Islam sebagai penganut akidah al-Haq. Inilah satu usaha demi menjaga kesucian generasi yang akan menghuni dunia ini pada masa akan datang.
Wallahu’alam
almukminun
Pendapat Orang Ramai tentang isu Lina Joy dan IFC...
Ini pendapat mereka, anda pula bagaimana?
Fatwa Pengharaman Pengkid ...
CIRI-CIRI GOLONGAN INI
|
Pengebom Bali Membunuh Orang Bukan Islam Tanpa Belas Kasihan??? Sejauh mana kebenaran dakwaan ini???
Dalam Al-Quran yang menjadi pegangan seluruh umat Islam ada menyebutkan bahawa tidak boleh memulakan peperangan sebagaimana yang dimanuskripkan di dalam surah Al- Baqarah ayat 190 yang bermaksud : " Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh" . Dalam Islam juga ada menggariskan etika peperangan seperti tidak boleh membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua, tidak boleh memusnahkan tanaman dan rumah-rumah kediaman. Betapa indahnya ajaran agama suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Namun, pandangan terhadap Islam mula berubah dan Islam dianggap ganas terutama selepas kejadian 11 September walaupun sehingga kini belum ada sebarang bukti kukuh sebagaimana dakwaan Amerika Syarikat bahawa serangan itu dilakukan oleh orang Islam.
Jadi, apakah sebenarnya punca yang menyebabkan pandangan bukan Islam sebegitu sekali terhadap Islam sehingga muncul wabak "Islamophobia", persoalannya, adakah Islam memang ada menganjurkan umatnya kepada keganasan? atau adakah tindakan dan pendekatan yang dibawa oleh penganutnya yang ingin mempertahankan agama suci ini menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas? atau adakah ini semua merupakan agenda dan propaganda yang dibawa oleh puak kafir untuk menghancurkan agama yang telah mendapat jaminan perlindungan dari Allah subhanahu wa Taala? Bagi merungkai persoalan ini, sila tonton video di bawah ini dan dengarkan pembentangan kertas kerja PERTAMA bertajuk Islam dan Terrorism yang akan dibentangkan oleh perwakilan dari Persatuan Mahasiswa Malaysia Yaman pada hari kedua persidangan berlangsung.
" Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim"
Ulasan Berkenaan Fatwa Pengharaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
Yoga: Behind the Fatwa - Part II
Yoga: Behind the fatwa - Part 1
Debaran Makin Terasa....
Esok adalah penentu segala-segalanya. Program yang julung-julung kalinya melibatkan penglibatan perwakilan dari persatuan mahasiswa Malaysia dari negara lain seperti Mesir, Syria, Arab Saudi, Yaman dan Jordan sendiri merupakan percubaan pertama MPPM untuk menganjurkan program peringkat antarabangsa dan berprestij ini.
Dengan tema " Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim ", Dewan Al-Kindy, Kuliyah Adab, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan bakal menyaksikan penganjuran satu program yang akan membawa gelombang anjakan paradigma oleh mahasiswa Malaysia yang berada di Jordan.
Harapan dari semua peserta pada PERTAMA kali ini ialah kelainan dan kematangan melalui perbincangan isu-isu yang global dan kontemporari, bukan perbincangan tentang isu-isu yang berkisar sekitar kehidupan seharian sebagai seorang pelajar sahaja, bahkan peserta-peserta mendambakan dan dahagakan isu-isu yang boleh dijadikan platform ke arah memantapkan persediaan sebagai peneraju ke arah memacu kemajuan Malaysia dari semua aspek sama ada politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.
Diharapkan dengan semangat dan harapan yang dibawa oleh para peserta serta sinergi dan usaha gigih dari AJK Pelaksana dan pihak MPPM sendiri, PERTAMA Kali Ke-3 2009 akan menjadi buah tangan yang akan dikenang oleh semua peserta PERTAMA pada kali ini.
" Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim"
Pemberitahuan Tentang Penukaran Tema PERTAMA...
Sekian, Wallahu a'lam...
" Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim "
Tuesday, February 10, 2009
Monday, February 9, 2009
TENTATIF PROGRAM PERTAMA KALI KE-3
6.00 ptg : Ketibaan Peserta dan pendaftaran
7.05 mlm : Ketibaan Jemputan dan Dif-Dif Terhormat
7.10 mlm : Majlis Upacara Perasmian PERTAMA kali ke-3
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Asma Ul-Husna
- Bacaan Ayat Suci Al-Quran
- Ucapan Pengarah Program
- Ucapan Perasmian oleh TYT Dato' Abdul Malek Bin Abdul
Aziz, Duta Besar Malaysia ke Jordan
- Replika perasmian
- Penyampaian Cenderahati
- Slide Show
8.40 mlm : Rehat, Jamuan Tetamu dan VIP
9.15 mlm : Ucapan Dasar Presiden MPPM
9.45 mlm : Taklimat Biro Program dan Strategi
Bersurai
Hari Kedua
7.00 pg : Ketibaan peserta dan sarapan
7.30 pg : Ketibaan Tetamu Jemputan
7.45 pg : Taklimat Biro Program
8.00 pg : Pembentangan Kertas Kerja 1 : Feminisme Dan
Islam; Huraian Suatu Ideologi Ciptaan ( Jordan )
8.30 pg : Pembentangan Kertas Kerja 2 : IFC Dan Tuntutan Kebebasan
Beragama; Suatu Provokasi Khayalan? ( Mesir )
9.00 pg : Sesi Soal Jawab
9.30 pg : Tayangan Video
9.45 pg : Pembentangan Kertas Kerja 3 : Yoga Dan Pengkid.
Benarkah Islam Semakin Menyekat? ( Mesir )
10.15 pg : Pembentangan Kertas Kerja 4 :Mahasiswa
Dan Isu Semasa( Arab Saudi )
10.45 pg : Sesi Soal Jawab
11.15 pg : Rehat, Makan, Solat Jumaat
1.30 ptg : Pembentangan Kertas Kerja 5 : Islam Dan Terorisme; Penafian
Dan Kebenaran Di Sebaliknya ( Yaman )
2.00 ptg : Pembentangan Kertas Kerja 6 : Mempersonalitikan Diri
Dengan Acuan Dan Paradigma Seorang Daie ( Syria )
2.30 ptg : Sesi Soal Jawab
3.00 ptg : Rehat, Solat Asar
3.30 ptg : Forum : Mahasiswa Kita- Kuantiti Bukanlah Jaminan Kualiti
5.30 ptg : Taklimat Biro Program, Solat Maghrib dan Makan Malam
Hari Ketiga
7.00 pg : Ketibaan Peserta & sarapan
7.30 pg : Ketibaaan Tetau Jemputan
7.45 pg : Taklimat Biro Program
8.00 pg : Dialog Antara Benua
9.00 pg : Sidang Plano
10.30 pg : Majlis Perasmian Penutup PERTAMA kali ke-3
- Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Ucapan Pengarah Program
- Ucapan Perasmian Penutup oleh Tn.Hj Sulaiman bin Ismail,
Pengarah JPM Jordan.
- Pengumuman Resolusi
- Penyerahan Resolusi
- Penyampaian Anugerah Kecemerlangan
- Penyerahan Cebderahati Kepada Wakil Setiap Negara
- Penyerahan Cenderahati Kepada Perasmi
- Slide Show Penutup
- Doa
12.30 tghri : Makan Tengah Hari, Solat Zohor & Bersurai.
Sunday, February 8, 2009
Saturday, February 7, 2009
pendaftaran dibuka lagi.
Pendaftaran peserta PERTAMA bagi mantiqah Mafraq, Mu'tah dan Amman dibuka lagi sehingga tarikh 10 Februari 2009, disebabkan kurang penyertaan dan jumlah yang tidak sampai sasaran.
Bagi mantiqah Irbid, tarikh akhir pendaftaran bagi sesiapa yang belum berdaftar adalah pada pendaftaran awal pada hari pertama program PERTAMA tersebut iaitu pada 12 Februari 2009 jam 5p.m.
Tarikh akhir mantiqah luar Irbid lebih awal adalah kerana untuk memudahkan urusan pengangkutan serta penempatan di Irbid. Mahasiswa mantiqah luar boleh membuat pendaftaran dengan memberi name penuh, no kad pengenalan, nombor telefon serta terus membuat pembayaran kepada ajk perhubungan setiap mantiqah yang telah diamanahkan.
Bagi mahasiswa Irbid yang berada di luar Irbid pada hari pertama program tersebut, anda juga boleh menyertai program ini pada hari kedua dan ketiga dengan membuat pendaftaran terlebih dahulu serta memaklumkan ketidakhadiran pada hari pertama program untuk memudahkan pengasingan pengagihan fail, kumpulan dan sebagainya.
Untuk pengangkutan, pihak perhubungan tidak dapat menentukan lagi jumlah pengangkutan yang sewajarnya dari setiap mantiqah sehingga mendapat jumlah sebenar peserta dari setiap mantiqah. Kerjasama anda amat-amat kami harapkan.
*Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi,
Zaid (tahun 2, uni. yarmouk -0779847856) atau
Shafiqah (tahun 3, uni yarmouk -0776947922)
ajk perhubungan
Berikut adalah nama ajk perhubungan dan pendaftaran setiap mantiqah agar mudah dirujuk oleh para peserta..
Irbid
Zaid bin Daud - 0779847856 (b/p ketua perhubungan)
Shafiqah binti Saharudin - 0776947922 (tmbln ketua perhubungan)
Mafraq
Saudara Hanis - 0777267397
Saudari Ummi Sa'adah - 0779680926
Mu'tah
Saudara Ikhwan - 0779072713
Saudari Bazilah - 0776515683
Amman
Ust Shahrul - 0777227403
Saudari Nazirah - 0796634751
sebarang masalah tentang perhubungan boleh dirujuk kepada ajk perhubungan dan pendaftaran serta diingatkan supaya tidak menyalahgunakan nombor-nombor yang telah disertakan.
Thursday, February 5, 2009
SERUAN BUAT INSAN BERGELAR MAHASISWA...
SISWAZAH DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Siswazah adalah belia pelajar terpilih. Mereka adalah kelompok pemikir, pengkaji, pencetus dan penjana idea baru lantas sekali gus memikul tanggungjawab sosial yang besar. Tanpa perlu dirangka logiknya, siswazah sudah sedia memahami bahawa mereka adalah elemen yang berkesan di dalam menyampaikan kehendak dan mesej perubahan, sama ada dari pihak masyarakat, mahu pun oleh pihak pemerintah sendiri.
Jika siswazah mendukung dasar kerajaan, ia bermakna dasar itu menuju masa depan yang mantap dan cemerlang. Sekiranya siswazah bangkit memimpin desakan masyarakat, maka perubahan yang besar boleh tercetus di dalam sebuah negara. Contoh-contoh masyhur mahasiswa di negara-negara seperti China, Korea dan blok Eropah Timur, mahu pun di negara umat Islam seperti Indonesia, Turki dan negara-negara Arab Afrika Utara, siswazah telah pun memperlihatkan bahawa suara mereka adalah suara bertenaga, berprinsip dan mesti diberi perhatian.
BAGAIMANA MEREKA BEGITU EFISYEN?
Sudah tentu peranan besar yang dimainkan oleh siswazah itu, bermula dari sikap-sikap dan pendirian yang istimewa. Selain dikurniakan minda cemerlang yang dipupuk, mereka juga adalah kelompok yang sensitif dengan perubahan, tegas berhadapan dengan penyelewengan serta bersemangat menuju kebaikan dan pembelaan.
Tidak mungkin siswazah dapat mendukung aspirasi umat jika mereka itu lesu, ananiah, takut dan hidup berteman bayang-bayang.
MANAKALA YANG LESU…
Telinga siswazah Malaysia dewasa ini lazim disogokkan dengan keluhan bernada sinis, bahawa mereka kini sudah tidak sehebat dulu, mereka tidak lagi menjadi menara tempat suara rakyat dinobat, tidak lagi bertindak selaku pembela, bahkan hanya mengukur kecemerlangan dengan segulung ijazah, yang kualitinya turut dipertikaikan. Kelesuan siswazah adalah sebuah permainan yang bernatijahkan kekalahan tanpa ada pihak yang mendapat manfaat dan menjadi pemenang.
Lantas bedah siasat serius diusahakan oleh semua pihak. Di pihak mahasiswa tempatan, mereka menjadikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai punca utama. AUKU adalah perancangan yang bertujuan mematahkan taring mahasiswa, melesukan mereka, dan menjadikan mereka kelompok yang hanya menurut perancangan, tanpa ada kemampuan merancang.
Manakala siswazah Malaysia di Timur Tengah, mempunyai alasan mereka sendiri. Suasana politik tempatan di negara-negara seperti
RISIKO MENONGKAH ARUS…
Ia ditambah pula dengan perkembangan yang memperlihatkan tekanan yang dikenakan kepada golongan pelajar yang menentang arus.
Jika dahulu, kita melihat gerakan pelajar begitu matang menangani sebarang isu dan perkembangan semasa. Kebijaksanaan siswazah sebagai golongan yang sudah layak mengundi, menjadikan latihan berpolitik mereka melalui wadah masing-masing telah menghasilkan ramai golongan yang pada hari ini menjadi generasi pendokong kepimpinan di tanah air yang segar dan berwibawa. Perbezaan fahaman politik diketengahkan ke gelanggang diskusi, forum umum, majlis debat dan lain-lain aktiviti secara ilmiah, berisi dan menghasilkan pulangan yang lumayan kepada penghasilan generasi pemimpin masa hadapan.
Semenjak peristiwa reformasi jalanan pada tahun 1998, pelbagai perubahan dapat dilihat di dalam kematangan rakyat berpolitik dan melukis perubahan serta pembaharuan. Pada pilihanraya tahun 1999, kita melihat pelbagai badan yang wujud di
Apa yang ketara dilihat dewasa ini, adalah berkembangnya kelompok mahasiswa yang tidak aktif berorganisasi. Sebarang persatuan yang menganjurkan pelbagai program, menyaksikan kehadiran peserta yang mendukacitakan. Senarai tinggi program yang tidak mendapat sambutan adalah program ilmiah seperti diskusi buku, seminar, kuliah pengajian agama dan forum. Begitu juga dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan universiti dan badan pelajar, adalah terlalu sukar untuk mengumpulkan pelajar. Setakat pemerhatian yang dibuat, program yang masih terus mendapat sambutan adalah perlawanan bola sepak, Hari Keluarga dan lain-lain yang lebih berbentuk ‘mencari kerehatan minda’ dan bukannya mencungkil tanggungjawab akal.
Semua ini adalah fenomena, yang tersimpul di dalam sepatah kalimah. Ia mewakili sindrom jangkitan ke atas minda siswazah iaitu AKU TIDAK PEDULISMA.
AKU TIDAK PEDULISMA
‘Aku tidak pedulisma’ adalah ideologi rumit yang timbul di dalam minda dan tindakan manusia akibat cetusan sifat negatif yang menguasai diri. Jika Islam menganjurkan sikap saling bekerjasama, mengambil berat di antara satu sama lain, memelihara tanggungjawab sosial dan mempunyai semangat kekitaan, maka aku tidak pedulisma adalah lawan kepada semua itu.
Pepatah Rom pernah menyebut “permulaan kepada sesuatu perkara adalah separuh daripada perkara itu sendiri”. Sememangnya di dalam menyusun apa sahaja aktiviti manusia, peringkat yang paling sukar adalah untuk memulakannya. Manusia yang liat, lambat memberikan tindak balas dan pasif mengemukakan tindakan, adalah cabaran besar kepada memulakan sesuatu tugas. Apatah lagi, jika yang diusahakan itu adalah pembaharuan. Menerima sesuatu yang baru adalah dilema bagi manusia yang ditimpa ‘aku tidak pedulisma’.
KATA SISWAZAH, ‘AKU TIDAK PEDULI’
Selaku kumpulan siswazah cemerlang dan terpilih, apatah lagi yang menekuni pemikiran Islam seperti kebanyakan kita, tentunya kita berasa gerun dan sensitif dengan fahaman-fahaman anti Islam yang semakin menular di kalangan masyarakat. Sekularisma selaku penghulu kepada ideologi anti Islam, mencambahkan pelbagai nama fahaman yang di sesetengah keadaan, berselindung di sebalik nama-nama enak seperti modenisma, pembaharuan dan sebagainya. Kapitalisma, sosiolisma, liberalisma, materialisma atau apa sahaja fahaman yang bermain nama, semuanya menjurus ke arah menjauhkan umat Islam dari Islam itu sendiri.
Namun, apakah ada ideologi yang lebih merbahaya dari idelogi yang bernama ‘aku tidak pedulisma’. Ia adalah ideologi yang menolak bentuk manusia berfikir, mengecam manusia berjuang, dan mengenepikan manusia berbakti. Ia adalah fahaman yang bersifat ananiah, tiada sensitiviti, tiada perjuangan, bahkan hanya berusaha ke arah melahirkan manusia yang menjadi hamba kepada dirinya sendiri. Golongan ‘aku tidak pedulisma’ adalah manusia yang menutup semua pintu untuk manusia lain mendekatinya, mereka tidur di dalam jaga dan mati semasa hidup.
Fenomena paling ketara bagi kelompok ‘aku tidak pedulisma’ ini adalah budaya hedonisma. Hedonisma yang sepatutnya menjadi gejala golongan yang tidak berpendidikan dan rendah moral, merayap masuk ke celah-celah golongan siswazah dan intelek. Ia adalah budaya cinta dan ketagih hiburan. Apa yang dimahukan hanyalah unsur-unsur yang membawa cuti minda, atau mungkin berakhir dengan kematian idealisma dan erti hidup.
Adalah sukar untuk membayangkan perubahan, jika golongan siswazah terus tenggelam di dalam budaya hedonisma. Mereka yang diharapkan mampu memimpin perubahan, berubah menjadi kelompok juzuk masyarakat yang hilang keprihatinan. Tidak bergerak sebagai pembela masyarakat, mereka berubah menjadi beban.
DI MANAKAH SILAPNYA?
Jika kita mahu menyenaraikan punca kepada fenomena merbahaya ini, beberapa noktah berikut boleh dijadikan bahan renungan:
- Kemerosotan penghayatan Islam di kalangan siswazah itu sendiri. Setelah kita bersetuju bahawa seluruh ajaran Islam adalah bertentangan dengan ‘aku tidak pedulisma’, maka kita perlu akur bahawa, kegagalan menghayati Islam adalah titik tolak kepada segala permasalahan.
- Lahirnya generasi keanak-anakan. Idealisma yang begitu penting dan besar tidak mungkin dapat didokong oleh siswazah yang keanak-anakan dan tidak matang di dalam menjana kehidupan. Sikap manja dan suka dipujuk, mungkin datang dari latar belakang kehidupan yang tidak terdedah kepada cabaran dan kesusahan. Mereka mencipta risiko sebelum bertindak, mengundur langkah sebelum bergerak.
- Budaya ‘aku tidak pedulisma’ ini juga mungkin berpunca daripada kecenderungan siswazah yang tidak minat untuk mengikuti perkembangan semasa. Mereka bukan penonton setia siaran berita, bukan pelanggan akhbar cetak dan elektronik bahkan tidak pernah berasa kekurangan pada diri yang tidak mengup-to-datekan perkembangan isu semasa. Pengabaian aspek ini dalam kehidupan mahasiswa, menghasilkan kulat lemah bacaan politik (political reading). Apabila siswazah tidak mampu memahami isu semasa dengan baik, mereka dengan sendirinya tidak akan mencetuskan apa-apa sumbangan dan tindak balas yang positif.
Senarai di atas bukanlah bertujuan untuk menghadkan punca bahkan kita merasakan bahawa budaya ‘aku tidak pedulisma’ ini adalah natijah daripada suatu bentuk kerumitan yang lebih besar dan sulit. Abad mewah yang lepas telah melahirkan generasi manusia global yang alpa, tidak pandai bersyukur dan kabur matlamat hidup. Lantas siswazah ‘aku tidak pedulisma’ adalah sekelompok daripada golongan itu.
Kita khuatir dunia dipenuhi oleh golongan oportunis yang hanya hidup bersandarkan maslahah. Lebih membimbangkan jika kelompok ini adalah kelompok siswazah Muslim. Takutilah sindiran Allah SWT di dalam Al-Quran:
Dan di sana terdapat sebahagian manusia yang menyembah Allah sekadar di pinggiran. Jika mendapat kebaikan mereka akan tenang dengannya (iman kepada Allah) dan apabila ditimpa fitnah (ujian) mereka akan memalingkan wajah (meninggalkan agama Allah). Mereka kerugian dunia dan akhirat. Itulah dia sebenar-benar kerugian yang nyata. (Surah Al-Hajj 22 : 11)
PENYELESAIAN
Setelah penulisan di atas cuba mengungkaikan sebab-sebab kelesuan siswazah dan fenomena ‘aku tidak pedulisma’ yang mengancam survival gerakan pelajar, penyelesaiannya mesti diusahakan. Sudah tentu tiada jalan lain untuk membetulkan keadaan ini selain kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam erti kata yang sebenar. Umat hari ini tidak mungkin dapat diislahkan melainkan dengan apa yang telah mengislahkan umat yang terdahulu!
Firman Allah SWT:
… dan tetapi, jadilah kamu Rabbaniyyin (ulamak dan fuqaha’ di dalam ad-dien) terhadap apa yang kamu ajarkan dari Al-Kitab dan dengan apa yang kamu pelajari. (Surah Aal Imran 3 : 79)
Artikel ini diubahsuai daripada versi asal yang dibentangkan oleh penulis sempena Persidangan Persatuan Mahasiswa Jordan Pertama Jordan (PERTAMA) pada 27 - 29 Jun 2001
ABU SAIF @ www.saifulislam.com