Wednesday, February 11, 2009

Fatwa Pengharaman Pengkid ...

Isu golongan wanita membawa imej lelaki telah lama dibincangkan dan bukanlah satu perkara yang sangat baru dan ia adalah fenomena global.Sewaktu dahulu mereka ini digelar tomboy tetapi kini mereka dikenali dengan nama pengkid.

CIRI-CIRI GOLONGAN INI

1. Gadis atau wanita mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan pakaian seluar jeans dan t-shirt.

2. Dari sudut sifat , nyata terserlah sifat kelakian pada golongan ini sehingga ada yang “perasan”bahawa mereka benar-benar seorang lelaki yang sejati.

3. Cenderung untuk menjalin hubungan intim dengan wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.

4. Golongan ini cuba menonjolkan identity gender berlawanan daripada norma-norma biologi dan social yang mereka miliki.

ISLAM MELARANG LELAKI MENYERUPAI WANITA DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA.

Sabda Rasulullah SAW


لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، والمترجلات من النساء
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري - المصدر: الجامع الصحيح - الصفحة أو الرقم: 6834 خلاصة الدرجة: [صحيح]


Bermaksud :Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita .(HR al Bukhary)

Sabda Rasulullah SAW



لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل
الراوي: أبو هريرة المحدث: أبو داود - المصدر: سنن أبي داود - الصفحة أو الرقم: 4098 خلاصة الدرجة: سكت عنه [وقد قال في رسالته لأهل مكة كل ما سكت عنه فهو صالح]


Bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berrkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.(HR Abu Daud)

Maksud menyerupai dalam konteks hadith ini termasuklah daripada gaya rambut , perhiasan ,penampilan , cara bercakap cara berpakian dan sebagainya.

RAHSIA /HIKMAH PENGHARAMAN

1. Berlawanan dengan fitrah yang telah dicipta Allah bagi orang lelaki dan perempuan yang mempunyai sedikit perbezaan yang saling menampung dan saling melengkapi antara satu sama lain samada kejadian fizikal , emosi dan sebagainya.Ini disebabkan masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab.

2. Dari kelainan itulah kita itulah sunatullahnya kita hidup berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan.

Firman Allah

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
Dan apabila hubungan ini dilakukan secara pernikahan yang sah maka akan tercapai dan tertunailah naluri fitrah manusia serta keturunannya akan berkembang biak.

Firman Allah
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(QS Arrum 21)

Firman Allah

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.(QS An Nur 32)

Namun perlu ditegaskan hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa dibatasi dengan batasan syarak adalah diharamkan sebagaimana hubungan perkahwinan yang berlaku dengan jantina yang sejenis atas tiket fahaman liberalisme .

Firman Allah SWT

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)(QS As Syuara’ 165-166).

TINDAKAN UMAT ISLAM DALAM ISU INI

1. Hendaklah sensitive terhadap perkembangan dan tumbesaran anak-anak agar selaras dengan syara’ dan naluri sejatinya.

2. Membenci dan tidak mempromosi suasana yang tidak selari dengan syarak seperti kelakuan yang cuba dipromosi oleh selebriti media massa ..lelaki-lelaki lembut begitu juga sebaliknya.

3. Menggunakan kuasa rakyat untuk meminggirkan apa jua aktiviti dan tokoh yang cuba menguasai minda orang ramai agar terpesong dari landasan hukum hakam agama.

Artikel ini disalin dari

http://jaipk.perak.gov.my/index.php/Info-Pengguna/Fatwa-Pengharaman-Pengkid.html


"Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim"

Pengebom Bali Membunuh Orang Bukan Islam Tanpa Belas Kasihan??? Sejauh mana kebenaran dakwaan ini???

Islam jika dilihat dari segi bahasa membawa maksud selamat atau sejahtera, tapi mengapa sejak kebelakangan ini Islam telah dipandang oleh penganut-penganut agama lain sebagai agama yang ganas?

Dalam Al-Quran yang menjadi pegangan seluruh umat Islam ada menyebutkan bahawa tidak boleh memulakan peperangan sebagaimana yang dimanuskripkan di dalam surah Al- Baqarah ayat 190 yang bermaksud : " Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh" . Dalam Islam juga ada menggariskan etika peperangan seperti tidak boleh membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua, tidak boleh memusnahkan tanaman dan rumah-rumah kediaman. Betapa indahnya ajaran agama suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Namun, pandangan terhadap Islam mula berubah dan Islam dianggap ganas terutama selepas kejadian 11 September walaupun sehingga kini belum ada sebarang bukti kukuh sebagaimana dakwaan Amerika Syarikat bahawa serangan itu dilakukan oleh orang Islam.

Jadi, apakah sebenarnya punca yang menyebabkan pandangan bukan Islam sebegitu sekali terhadap Islam sehingga muncul wabak "Islamophobia", persoalannya, adakah Islam memang ada menganjurkan umatnya kepada keganasan? atau adakah tindakan dan pendekatan yang dibawa oleh penganutnya yang ingin mempertahankan agama suci ini menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas? atau adakah ini semua merupakan agenda dan propaganda yang dibawa oleh puak kafir untuk menghancurkan agama yang telah mendapat jaminan perlindungan dari Allah subhanahu wa Taala? Bagi merungkai persoalan ini, sila tonton video di bawah ini dan dengarkan pembentangan kertas kerja PERTAMA bertajuk Islam dan Terrorism yang akan dibentangkan oleh perwakilan dari Persatuan Mahasiswa Malaysia Yaman pada hari kedua persidangan berlangsung.

" Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim"





Gubra yang songsang...

Inilah paparan nilai sebuah filem terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19...

Ulasan Berkenaan Fatwa Pengharaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

Petikan pandangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ( Saiful Islam ) berkenaan dengan fatwa pengharaman Yoga ke atas Muslim oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, semasa beliau menyampaikan kuliah maghrib di Surau al-Naim Wangsa Maju Kuala Lumpur..


Yoga: Behind the Fatwa - Part II

This is the second and final part of 'Yoga: Behind the Fatwa'. We continue the discussion on the Yoga Fatwa and ask trainers and practitioners what they are going to do when the Fatwa becomes law ...


Yoga: Behind the fatwa - Part 1

On November 22, 2008, the National Fatwa Council announced that Yoga is 'haram' in Islam and in one fell swoop, Muslims will no longer be allowed to practice it -- once it is gazetted as law. Yoga...


Promosi Saat Akhir...

Debaran Makin Terasa....

Esok adalah penentu segala-segalanya. Program yang julung-julung kalinya melibatkan penglibatan perwakilan dari persatuan mahasiswa Malaysia dari negara lain seperti Mesir, Syria, Arab Saudi, Yaman dan Jordan sendiri merupakan percubaan pertama MPPM untuk menganjurkan program peringkat antarabangsa dan berprestij ini.

Dengan tema " Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim ", Dewan Al-Kindy, Kuliyah Adab, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan bakal menyaksikan penganjuran satu program yang akan membawa gelombang anjakan paradigma oleh mahasiswa Malaysia yang berada di Jordan.

Harapan dari semua peserta pada PERTAMA kali ini ialah kelainan dan kematangan melalui perbincangan isu-isu yang global dan kontemporari, bukan perbincangan tentang isu-isu yang berkisar sekitar kehidupan seharian sebagai seorang pelajar sahaja, bahkan peserta-peserta mendambakan dan dahagakan isu-isu yang boleh dijadikan platform ke arah memantapkan persediaan sebagai peneraju ke arah memacu kemajuan Malaysia dari semua aspek sama ada politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Diharapkan dengan semangat dan harapan yang dibawa oleh para peserta serta sinergi dan usaha gigih dari AJK Pelaksana dan pihak MPPM sendiri, PERTAMA Kali Ke-3 2009 akan menjadi buah tangan yang akan dikenang oleh semua peserta PERTAMA pada kali ini.

" Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim"

Pemberitahuan Tentang Penukaran Tema PERTAMA...

Untuk makluman semua, tema PERTAMA Kali ke-3 2009 telah ditukarkan dari "Kearah Kematangan Ideologi Mahasiswa Muslim " kepada " Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim "tanpa perkataan ' Ideologi ' atas sebab-sebab tertentu.

Sekian, Wallahu a'lam...

" Kearah Kematangan Mahasiswa Muslim "